KUALA LUMPUR: Aneka Jaringan Holdings Berhad (Aneka Jaringan), pakar pembinaan bawah tanah dan asas, hari ini mengumumkan peningkatan pendapatan RM52.85 juta.
Ia peningkatan 26.92 peratus bagi suku pertama berakhir 30 November 2023 berbanding RM41.64 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.
Pada suku dikaji, Aneka Jaringan mencatatkan kerugian selepas cukai (LAT) yang lebih rendah sebanyak RM4.62 juta berbanding LAT sebanyak RM5.41 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.
Manakala kerugian kasar menurun kepada RM0.95 juta pada suku pertama tahun kewangan 2023 berbanding kerugian kasar RM2.88 juta pada tempoh yang sama berikutan penurunan kos bahan.
Pengarah Urusan Aneka Jaringan, Pang Tse Fui berkata, pihaknya terus menilai dan memantau risiko sambil membuat tender terpilih untuk projek.
"Kami telah memenangi kontrak bernilai RM52 juta pada FYE2023 dan kami juga meningkatkan kapasiti di Indonesia untuk memanfaatkan keperluan infrastruktur negara yang semakin meningkat sambil memantau perkembangan di ibu negara Indonesia baharu Nusantara yang kami percaya akan memberi kami banyak peluang," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, walaupun telah melihat penurunan harga bahan, ia tetap menjadi kebimbangan bersama dengan kos tenaga dan buruh.
"Pembatalan dasar ketat sifar-COVID China dan pembukaan semula ekonominya mungkin membawa harga bahan yang tidak menentu apabila permintaan meningkat.
Bagi mengurangkan kos buruh, Kumpulan juga akan menggantikan pekerja luarnya dengan pekerja asing yang baru diambil kerana kami telah diberikan kuota kerajaan sebanyak 150 pekerja," ujarnya.
Aneka Jaringan mempunyai buku pesanan sebanyak RM145.73 juta setakat 31 Oktober 2022, dengan operasi Malaysia menyumbang RM138.97 juta dan operasi Indonesia menyumbang RM6.76 juta.Setakat 31 Oktober 2022, buku tender Kumpulan berjumlah RM969.45 juta, dengan tender di Malaysia bernilai RM873.85 juta dan tender di Indonesia bernilai RM95.60 juta.
Sumber: Berita Harian
تعليقات