top of page

AmBank salur pembiayaan RM193 juta untuk projek Senibong Cove


AmBank salur pembiayaan RM193 juta untuk projek Senibong Cove
Gambar hiasan: Projek Senibong Cove

AmBank salur pembiayaan RM193 juta untuk projek Senibong Cove

PETALING JAYA – Kumpulan AmBank telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM115 juta kepada Senibong Cove Development Sdn. Bhd., anak syarikat WM Senibong Sdn. Bhd.; dan RM78 juta kepada JBB Builders (M) Sdn. Bhd., kontraktor bertanggungjawab untuk projek penambakan tanah seluas 150 ekar (60.7 hektar) di Senibong Cove.


Senibong Cove, yang terletak di seberang Selat Johor berhadapan dengan Sembawang, Singapura  merupakan pembangunan tepian air mewah di Johor Bahru dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) lebih RM5 bilion.


Dengan keluasan 215 ekar (87 hektar), komuniti eksklusif itu memberi definisi baharu kepada gaya hidup di tepi pantai dan buat masa ini, Senibong Cove telah melengkapkan pembangunan lebih 1,400 rumah, marina bertaraf dunia dan laluan pejalan kaki tepi pantai yang indah.


Projek yang dijangka siap pada 2028 itu akan membolehkan pembangunan lebih 4,000 kediaman teres mewah, pangsapuri, hotel dan pangsapuri servis, premis runcit, serta kemudahan pelepasan kastam dan imigresen untuk riadah persendirian dan kapal layar.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan AmBank, Jamie Ling berkata, memanfaatkan momentum Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang diumumkan baru-baru ini, pihaknya berbesar hati untuk membiayai sebahagian daripada projek berkenaan.


Tambahnya, AmBank mengiktiraf keperluan untuk pilihan pembiayaan yang boleh diakses untuk memperkasakan perniagaan dalam usaha ke arah pembangunan mampan.


“Kami sedar akan tanggungjawab kami sebagai warga korporat untuk menyumbang ke arah pertumbuhan holistik dan pembangunan mampan masyarakat.


“Pembangunan yang meluas ini bukan sahaja pelaburan dalam hartanah, tetapi pelaburan dalam masa depan yang lebih mampan dan inklusif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Sumber: Kosmo!


AmBank salur pembiayaan RM193 juta untuk projek Senibong Cove

Comments


bottom of page