
80 Kes Pencemaran Sungai pada 2024
80 kes pencemaran sungai direkodkan sepanjang tahun lalu.
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menyiasat setiap kes untuk mengenal pasti punca dan pelaku.
Tindakan kompaun dikenakan di bawah Enakmen LUAS 1999 selepas mendapat kebenaran pendakwaan.
Pemantauan 24 Jam oleh LUAS
LUAS menjalankan pemantauan 24 jam melalui Skuad Elit Air LUAS (SKEAL) sejak 2020.
Tinjauan dilakukan ke atas aktiviti dalam 50 meter rizab sungai yang berisiko mencemarkan air.
Kajian inventori guna tanah dijalankan bagi mengenal pasti aktiviti berpotensi mencemarkan sungai.
Langkah Pencegahan & Sistem Amaran Awal
Stesen telemetri kualiti air dipasang di hulu muka sauk sebagai sistem amaran awam bagi pencemaran air.
Kawasan berisiko tinggi dikenakan pemantauan berkala dan diisytiharkan sebagai zon pelindung di bawah Seksyen 48 Enakmen LUAS 1999.
Sumber: Selangor Kini
Commentaires