top of page

7 maut dalam bangunan runtuh di Ivory Coast


7 maut dalam bangunan runtuh di Ivory Coast
Bangunan enam tingkat runtuh ketika dalam pembinaan di ibu kota komersial Ivory Coast, Abidjan

7 maut dalam bangunan runtuh di Ivory Coast

ABIDJAN: Sekirang-kurangnya tujuh orang terbunuh apabila bangunan enam tingkat runtuh ketika dalam pembinaan di ibu kota komersial Ivory Coast, Abidjan, Jumaat lalu.


Menurut anggota bomba, kesemua mangsa adalah pekerja di tapak pembinaan itu.


Menurut penjaga dan pekerja pembinaan, Jourdin Yoro, sekitar tengah hari waktu tempatan, pekerja mendengar bunyi keretakan dan bangunan itu mula runtuh.


"Dalam tergesa-gesa, kami mula berlari. Dalam masa kira-kira 45 saat, bangunan itu runtuh," katanya.


Usaha menyelamat sedang dijalankan di tapak di daerah Riviera Palmeraie yang mewah di Abidjan, semalam, dengan pekerja kecemasan melakukan operasi mencari melalui timbunan besar konkrit berkecai dan serpihan.


Menurut ketua unit pemadam kebakaran di tempat kejadian, Charles Paolo, sembilan orang lagi cedera dalam runtuhan itu.


Kemalangan seumpamanya kerap berlaku di Ivory Coast dan tempat lain di Afrika Barat, terutamanya pada musim hujan, berikutan penguatkuasaan peraturan bangunan yang lemah dan penggunaan bahan binaan yang tidak berkualiti.


Pada 2022, kerajaan Ivory Coast berkata ia akan meningkatkan usaha untuk meningkatkan pematuhan terhadap amalan pembinaan selamat selepas 13 orang terbunuh dalam dua kejadian bangunan runtuh di Abidjan dalam tempoh dua minggu pada Februari dan Mac tahun lalu. - REUTERS


Sumber: Berita Harian


7 maut dalam bangunan runtuh di Ivory Coast


Comments


bottom of page