top of page

60 syarikat multinasional bantu biaya projek rakyat, TVET - PM Anwar


Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
Gambar hiasan: Perdana Menteri berkata, syarikat-syarikat berkenaan antaranya menampung pembiayaan Program TVET dengan membantu dan melatih golongan muda.

Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 60 syarikat gergasi dan multinasional dalam negara telah diminta untuk membiayai projek-projek infrastruktur yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarikat-syarikat berkenaan antaranya menampung pembiayaan Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan membantu dan melatih golongan muda.


"Dalam perundingan kita dengan Tan Sri Syed Mokhtar, kita beri jaminan untuk membantu dalam projek-projek infrastruktur (rakyat) yang beliau terlibat. "Saya tak ingat senarai penuh tetapi ia termasuk Sunway; Berjaya Corporation; starikat yang terlibat dalam 'associated chamber commerce'; serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).


"Saya boleh berikan senarai 60 syarikat, sebagai contoh untuk TVET yang telah dilakukan. Kumpulan Albukhary juga menawarkan untuk membantu, umpamanya mengambil alih TVET di Pekan (Pahang) kerana Proton beroperasi di situ dan juga Tanjung Malim (Perak).


"Pendekatan kita adalah meminta syarikat-syarikat membantu langsung sama ada projek rakyat miskin, atau dalam kes ini secara khusus TVET," katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.


Perdana Menteri (PH-Tambun) menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu tahu, selain Padiberas Nasional Bhd (Bernas), adakah kerajaan meminta syarikat yang mengaut keuntungan besar untuk menyumbang terus kepada rakyat.


Sumber: Astro Awani


Comments


bottom of page