top of page

1,583 rumah PPRT dibina pada tahun ini


1,583 rumah PPRT dibina pada tahun ini

PUTRAJAYA 17 Jan.- Sebanyak 1,583 rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) akan dibina di seluruh negara pada tahun ini melibatkan peruntukan berjumlah RM200 juta.


Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, sistem industri bangunan (IBS) akan digunakan untuk membangunkan projek itu kerana kaedah itu dapat mengurangkan kos pembinaan di samping menitikberatkan soal kualiti tanpa mengurangkan saiz kediaman.


Katanya lagi, lebih 10,000 rumah PPRT juga dibaik pulih dengan julung kalinya usaha itu melibatkan kerjasama pelajar Pusat Giat Mara bermula tahun ini.


"Langkah-langkah dibuat kerajaan ini bagi memastikan penerima manfaat tidak jauh berkurang walaupun peruntukan bagi PPRT menurun  tahun ini berbanding 2018.


"Kita mahu pendekatan kreatif dan inovatif agar warga luar bandar dapat terus merasai limpahan manfaat menerusi pemantauan rapi terhadap setiap projek-projek pembangunan luar bandar," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2019 Kementerian Pembangunan Luar Bandar di sini hari ini.


Sumber: Utusan


Comments


bottom of page